Search This Blog

Jun 26, 2011

Laman Tradisi Part 2

Baru-baru ni ada pengambilan untuk sesi Julai 2011. Nampaknya Laman Tradisi tu digunakan sepenuhnya oleh pengunjung yang terdiri daripada pengiring-pengiring pelajar baru. antara permainan yang terdapat di Laman Tradisi KKMT adalah :-

CONGKAK
Lapangan congkak ini terdiri daripada deck dan papan congkak. Seperi dalam gambar, papan congkak telah dibina sendiri oleh pelajar saya dengan menggunakan kayu dan tempurung kelapa.Pemandangan lapangan congkak

Seterusnya adalah lapangan teng-teng. Untuk lapangan ini, pasir dan kayu digunakan sebagai medium untuk membina kotak-kotak teng-teng. Gambar berikut memperlihatkan lapangan teng-teng yang telah siap di bina.

Teng-teng

Lapangan permainan seterusnya adalah lapangan guli.Untuk permainan guli ini, bentuk lapangan asal telah diubah dari bentuk bulat ke bentuk segi empat.

Lapangan Guli

Seterusnya adalah dam aji dan catur. untuk permainan ini, kerusi simen ferro sedia aa telah diletakkan papan dam aji dan catur untuk mempelbagaikan fungsinya. Maka, pelajar atau pengunjung boleh bermain catur dan dam sambil memenuhi masa terluang mereka.
Papan Catur

Papan catur ini diperbuat dari simen ferro dan permukaannya telah diletakkan susunan jubin terpakai yang telah diasah mengikut bentuk kotak-kotak catur. Pembuatannya agak rumit disebabkan kami tidak mempunyai kepakaran dalam mengasah jubin. Untuk usaha ini banyak jubin yang rosak. Terima kasih kepada pelajar saya yang terlalu banyak membantu.

Papan Dam AJi

Pembuatan papan dan aji berbeza dari segi teknik dan material berbanding papan catur. Papan dam aji diperbuat dari simen ferro juga tetapi permukaan nya diperbuat daripada campuran simen dan batu chipping. Permukaan papan tersebut kemudiannya di gilap dan dilicinkan sebelum kotak-kotak da aji dicat.

Elemen terakhir yang terdapat dalam laman tradisi ini adalah gazebo yang telah di ubah suai.
pada asalnya wakaf ini hanya gazebo besi yang biasa. Untuk menyesuaikannya dengan konsep tradisional, maka wakaf besi ini telah diberi aksesori baru yang lebih bersesuaian.


Wakaf sebelum di ubah suai

Wakaf setelah siap di ubah suai

Akhirnya siaplah Laman Tradisi KKMT hasil usaha saya dan pelajar SLP 4B Sesi Januari 2011. Terima kasih di ucapkan atas sokongan Unit Hal Ehwal Pelajar KKMT, Unit Lanskap dan Pengurusan Nurseri KKMT, Pengarah KKMT dan Tuan Hj Dzulkarnain Goh Abdullah. Semoga laman ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada warga KKMT.

No comments:

Post a Comment