Untuk sesi Januari 2011, pengalaman dan dan kenangan paling terkesan dihati saya adalah ketika menyiapkan projek Laman Tradisi Kolej Komuniti Masjid Tanah. Terima kasih tidak terhingga kepada pelajar SLP 4B yang telah banyak menyumbang tenaga, idea dan meminjamkan saya telinga dan komitmen dalam menjayakan projek ini. walaupun ia bukanlah projek mega pun tapi sangat terkesan dihati saya dan antara kenangan yang tak dapat saya lupakan sepanjang menjadi pensyarah.
Gambar disebelah adalah rupa asal taman tersebut sebelum di ubah suai menjadi laman tradisi. gambar penuh kawasan ini tiada dalam simpanan saya so ini sajalah gambar yang ada. tujuan laman tradisi ini dibina adalah untuk menggantikan taman sedia ada yang agak suram dan tidak functionable. taman asal ini merupakan satu kawasan rehat dan duduk-duduk pelajar kolej komuniti masjid tanah ketika waktu rehat, atau lapang. maka dari duduk-duduk saja saya dan pelajar SLP4B sesi Januari 2011 telah membina satu kawasan taman yang berkonsepkan taman permainan tradisonal. semasa saya membuat research di internet pada ketika itu, masih tiada contoh taman permainan tradisional yang terpapar atau tercatat. so kami membinanya dengan idea dan cara kami sendiri..
Kerja-kerja perancangan bermula dari bulan Februari 2011. dari draf pelan, kertas kerja dan permohonan budget. Terima kasih kepada En. Nor Khairi , pegawai HEP (KD) pada ketika itu yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar pada saya mengenai kerja-kerja mohon budget ni. maklumlah, saya budak baru belajar.
Sebelum membuat pelan, pelbagai cadangan permainan tradisional telah diutarakan. setelah dikaji dan disesuaikan dengan tempat, akhirnya kami sepakat untuk mengubah suai taman lama menjadi laman tradisi yang mengandungi gelanggang teng-teng, tapak permainan congkak, guli, catur dan dam aji. kami juga mengubah suai gazebo besi sedia ada menjadi gazebo yang bersesuaian dengan konsep tradisi taman ini. untuk melihat proses pembinaan taman ini seterusnya, kena tunggulah masa free saya yang akan datang... jumpa lagi
No comments:
Post a Comment