Search This Blog

Jun 26, 2011

Laman Tradisi Part 2

Baru-baru ni ada pengambilan untuk sesi Julai 2011. Nampaknya Laman Tradisi tu digunakan sepenuhnya oleh pengunjung yang terdiri daripada pengiring-pengiring pelajar baru. antara permainan yang terdapat di Laman Tradisi KKMT adalah :-

CONGKAK
Lapangan congkak ini terdiri daripada deck dan papan congkak. Seperi dalam gambar, papan congkak telah dibina sendiri oleh pelajar saya dengan menggunakan kayu dan tempurung kelapa.Pemandangan lapangan congkak

Seterusnya adalah lapangan teng-teng. Untuk lapangan ini, pasir dan kayu digunakan sebagai medium untuk membina kotak-kotak teng-teng. Gambar berikut memperlihatkan lapangan teng-teng yang telah siap di bina.

Teng-teng

Lapangan permainan seterusnya adalah lapangan guli.Untuk permainan guli ini, bentuk lapangan asal telah diubah dari bentuk bulat ke bentuk segi empat.

Lapangan Guli

Seterusnya adalah dam aji dan catur. untuk permainan ini, kerusi simen ferro sedia aa telah diletakkan papan dam aji dan catur untuk mempelbagaikan fungsinya. Maka, pelajar atau pengunjung boleh bermain catur dan dam sambil memenuhi masa terluang mereka.
Papan Catur

Papan catur ini diperbuat dari simen ferro dan permukaannya telah diletakkan susunan jubin terpakai yang telah diasah mengikut bentuk kotak-kotak catur. Pembuatannya agak rumit disebabkan kami tidak mempunyai kepakaran dalam mengasah jubin. Untuk usaha ini banyak jubin yang rosak. Terima kasih kepada pelajar saya yang terlalu banyak membantu.

Papan Dam AJi

Pembuatan papan dan aji berbeza dari segi teknik dan material berbanding papan catur. Papan dam aji diperbuat dari simen ferro juga tetapi permukaan nya diperbuat daripada campuran simen dan batu chipping. Permukaan papan tersebut kemudiannya di gilap dan dilicinkan sebelum kotak-kotak da aji dicat.

Elemen terakhir yang terdapat dalam laman tradisi ini adalah gazebo yang telah di ubah suai.
pada asalnya wakaf ini hanya gazebo besi yang biasa. Untuk menyesuaikannya dengan konsep tradisional, maka wakaf besi ini telah diberi aksesori baru yang lebih bersesuaian.


Wakaf sebelum di ubah suai

Wakaf setelah siap di ubah suai

Akhirnya siaplah Laman Tradisi KKMT hasil usaha saya dan pelajar SLP 4B Sesi Januari 2011. Terima kasih di ucapkan atas sokongan Unit Hal Ehwal Pelajar KKMT, Unit Lanskap dan Pengurusan Nurseri KKMT, Pengarah KKMT dan Tuan Hj Dzulkarnain Goh Abdullah. Semoga laman ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada warga KKMT.

Jun 24, 2011

Laman Tradisi KKMT Part 1

nampaknya saya berminat untuk menambah entri baru hari ini... sementara si kecik tu tido bolehlah saya menambah serba sedikit blog saya ni... pada ketika ini Kolej Komuniti Masjid Tanah sedang sibuk untuk menghadapi pendaftaran baru sesi Julai 2011. Sebelum kenangan terindah di sesi Januari 2011 terpadam, saya rasa elok juga kalau dicatatkan dalam blog saya ni...

Untuk sesi Januari 2011, pengalaman dan dan kenangan paling terkesan dihati saya adalah ketika menyiapkan projek Laman Tradisi Kolej Komuniti Masjid Tanah. Terima kasih tidak terhingga kepada pelajar SLP 4B yang telah banyak menyumbang tenaga, idea dan meminjamkan saya telinga dan komitmen dalam menjayakan projek ini. walaupun ia bukanlah projek mega pun tapi sangat terkesan dihati saya dan antara kenangan yang tak dapat saya lupakan sepanjang menjadi pensyarah.

Gambar disebelah adalah rupa asal taman tersebut sebelum di ubah suai menjadi laman tradisi. gambar penuh kawasan ini tiada dalam simpanan saya so ini sajalah gambar yang ada. tujuan laman tradisi ini dibina adalah untuk menggantikan taman sedia ada yang agak suram dan tidak functionable. taman asal ini merupakan satu kawasan rehat dan duduk-duduk pelajar kolej komuniti masjid tanah ketika waktu rehat, atau lapang. maka dari duduk-duduk saja saya dan pelajar SLP4B sesi Januari 2011 telah membina satu kawasan taman yang berkonsepkan taman permainan tradisonal. semasa saya membuat research di internet pada ketika itu, masih tiada contoh taman permainan tradisional yang terpapar atau tercatat. so kami membinanya dengan idea dan cara kami sendiri..

Kerja-kerja perancangan bermula dari bulan Februari 2011. dari draf pelan, kertas kerja dan permohonan budget. Terima kasih kepada En. Nor Khairi , pegawai HEP (KD) pada ketika itu yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar pada saya mengenai kerja-kerja mohon budget ni. maklumlah, saya budak baru belajar.

Sebelum membuat pelan, pelbagai cadangan permainan tradisional telah diutarakan. setelah dikaji dan disesuaikan dengan tempat, akhirnya kami sepakat untuk mengubah suai taman lama menjadi laman tradisi yang mengandungi gelanggang teng-teng, tapak permainan congkak, guli, catur dan dam aji. kami juga mengubah suai gazebo besi sedia ada menjadi gazebo yang bersesuaian dengan konsep tradisi taman ini. untuk melihat proses pembinaan taman ini seterusnya, kena tunggulah masa free saya yang akan datang... jumpa lagi

catatan pertama di blog


setelah sekian lama blog ini aku buat baru sekarang aku meninggalkan catatan pertamaku ini.. ketika blog ini di sign in, aku masih lagi bertugas di jelebu dan baru mempunyai seorang cahaya mata. sekarang aku telah memiliki sepasang cahaya mata. penyemarak cintaku dan my hubby.

so, untuk entry pertamaku, let me share my family members. First sekali aku. take apa sangat yang menariktentang aku. seorang pensyarah berkelayakan kejuruteraan awam yang mengajar di kolej komuniti masjid tanah dalam bidang landskap. sangat ruit tapi menyeronokkan. then adalah my hubby...
En. Marzuki - Seorang Juruteknik Ukur

Then my lovely daughter yang manja izzah irdina. suka menyanyi, menari dan juga merajuk... perangai siapa agaknya yang dikut... entahlah... ni gambarnya..umurnya 4 tahun dan say dah sekolahkan dia kat sekolah tadika KEMAS. semoga dia jadi anak yang cerdik dan beriman..

Dan satu-satunya anak lelakiku... izzul zikry namanya.. umurnya setahun setengah. buat masa ni kerjanya menyepahkan rumah neneknya dan memecahkan pinggan mangkuk mamanya yang berapa nak ada.. dengar-dengar dia ni ikut perangai papanya...

setakat ni saja catatan untuk kali ini.. semoga ada lagi catatan di masa depan...